Assalamualaikum..
mari berserius sebentar.
rumahtangga seorang kawan lama hampir runtuh kerana suami
sibuk sukakan perempuan lain disaat dia baru melahirkan anak kedua.
isteri selalu bertanya kemana suami mahu keluar?
mahu makankah?
kenapa tiba2 berubah?
si isteri tahu si suami punya cinta hati yang baru.
maka beliau pun mula berubah dan bersiap cantik2
tapi semua hanya sia2.
sampai la rumahtangga hampir tiada jalan penyelesaian,
seorang ustaz memberitahu kepada si isteri apa yang harus dilakukan.
jangan peduli apa saja yang si suami mahu lakukan.
biar saja.
tunaikan tanggungjawab sebaik-baiknya tetapi jangan lagi bertanya
kemana mahu keluar,
dengan siapa,
buat apa,
mahu makan kah,
mahu itu,ini dan bertanya banyak seperti sebelum ini.
biarkan saja si suami dengan sifat angaunya.
si isteri mengamalkan apa yang dipesan oleh si ustaz.
tak pasti berapa lama tapi
selepas itu si suami sendiri yang melutut kepada si isteri tersebut.
bertanya kenapa sudah tidak bertanya itu ini.
kenapa sudah tidak pedulikan beliau lagi dan macam2.
tak sangka pula berkesan.
tak lama kemudian pasangan tersebut berbaik sehingga kini.
seorang lelaki cina juga pernah berpesan kepada saya.
jangan peduli kalau lelaki mahu keluar dan sibuk sukakan perempuan lain.
selagi tak keterlaluan sehingga mengabaikan tanggungjawab,
jangan mengamuk,jangan bising dan bergaduh.
perempuan kena cool sahaja.
kalau itu yang kita lakukan,si lelaki tak akan meninggalkan kita
walau dia sukakan perempuan lain.
oke fine...saya kenal beliau dan isteri beliau.
dan percayalah dia juga ada perempuan lain kat belakang T_T
tapi si isteri beliau relaks saja dan mereka kelihatan sangat happy ok.
seorang lagi gadis pula
bercinta dengan lelaki yang punya 2 lagi kekasih.
semuanya 3 kekasih dalam masa yang sama T_T
mereka semua tahu pula tu dan gadis tersebut bersabar dan buat tak tahu saja.
tak melenting,tak kecoh2.
sekarang sudah lebih dari 5 tahun rasanya mereka couple
sampai lelaki tersebut berubah dan hanya setia pada gadis itu seorang.
dah plan nak kawen pun..
ehem2...
mungkin dengan cara 'I DON'T CARE'
lelaki akan sedar kesilapannya sendiri?
biasalah...kita tak akan hargai apa yang ada didepan mata
walaupun perkara itu adalah yang terbaik diberi oleh pasangan.
sampailah kita kehilangan baru kita akan sedar perkara yang dibenci itulah
yang sebenarnya dirindu.
umpama benci emak berleter tapi bila takde
kita akan rindu kerana sunyi.
p/s: semua ini kisah benar.bukan saya reka ke hape.

